Pages

Video!! Lagu Najwa Mahiaddin Mohon Rakyat Malaysia Untuk Bertabah Dalam Kesukaran

Saturday 8 August 2015
Siapa tidak kenal dengan dengan nama Najwa Mahiaddin yang merupakan salah seorang penyanyi yang berbakat. Beliau yang merupakan anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Banyak yang berlaku di Malaysia waktu ini, dari kisah derma berbilion untuk Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri digugurkan dan diganti dengan yang baru, kejatuhan teruk nilai ringgit, cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan terbaru, penemuan serpihan pesawat di Pulau Reunion yang kemudiannya disahkan milik MH370.

Kalau tak kental, hilang semangat juga dibuatnya dengan keadaan negara ini pada zaman sekarang. Atas sebab itu, Najwa Mahiaddin telah menghasilkan sebuah lagu yang memberi semangat kepada rakyat Malaysia supaya bertabah untuk menghadapi keadaan yang sukar.
Lagu itu berjudul ‘After the Rain’ turut menampilkan penyanyi luar negara, JUNY.

Menurut Najwa di laman Facebooknya:
Saya percaya pada kuasa muzik dan kebolehannya untuk merawat. Semoga lagu ini memberikan kelegaan dan kekuatan kepada kita semua semasa keadaan yang mencabar sekarang.
Setakat artikel ini ditulis video lagu itu telah dikongsikan sebanyak 6,954 kali di Facebook. Lagu itu ternyata mendapat sambutan hangat dari rakyat Malaysia. Yalah, asyik dengar lagu cinta sesama manusia, sekali sekala kita dengar lagu yang memberi semangat pula. Tahniah Najwa untuk penghasilan lagu ini.
Semoga Najwa sekeluarga tabah mengharungi liku-liku kehidupan selepas bapa beliau di lucutkan jawatan.

sumber : http://beautifulnara.com/
Menurut Najwa di laman Facebooknya:
Saya percaya pada kuasa muzik dan kebolehannya untuk merawat. Semoga lagu ini memberikan kelegaan dan kekuatan kepada kita semua semasa keadaan yang mencabar sekarang.

Setakat artikel ini ditulis video lagu itu telah dikongsikan sebanyak 6,954 kali di Facebook. Lagu itu ternyata mendapat sambutan hangat dari rakyat Malaysia. Yalah, asyik dengar lagu cinta sesama manusia, sekali sekala kita dengar lagu yang memberi semangat pula. Tahniah Najwa untuk penghasilan lagu ini.

No comments:

Post a Comment