Pages

Pedasnya!! 11 SOALAN PEDAS Anak MB Johor Kepada PM Najib Yang Buat Ramai TERNGANGA !!!

Tuesday 4 August 2015


Jika beberapa hari yang lepas kita di kejutkan dengan siasatan duit RM2.6 bilion yang di masukkan ke dalam akaun Perdana Menteri adalah dari sumbangan derma.


Lagi suara melawan arus daripada Johor, kali ini daripada anak Menteri Besar Datuk Seri Khaled Nordin pula, Akmal Saufi. Akmal Saufi, yang juga Pengarah Surarelawan Pemuda BN (BNYV) membangkitkan pelbagai persoalan berkaitan derma RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan dalam akaun peribadinya.


“Bolehkah seorang menteri atau timbalan perdana menteri atau perdana menteri menerima derma apabila sedang memang jawatan di dalam kerajaan?
“Adakah perlu duit derma tersebut perlu diisytihar kepada rakyat dan ahli Kabinet yang lain?” soal anggota Parlimen Belia Johor itu.
Akmal, 28, menulis panjang di Facebook beliau hari ini berhubung pelbagai aspek berkaitan derma itu, termasuk buktinya dan sama ada pihak lain turut mengetahuinya.
Beliau juga turut mengulangi persoalan yang ditimbulkan Tun Dr Mahathir Mohamad sama ada ada berkaitan keperluan cukai yang tertakluk bawah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Soalan-soalan dibangkitkan, termasuk:
Ketika Najib menerima dana sejumlah RM2.6 bilion, adakah beliau maklum sejumlah wang telah memasuki akaunnya?
Apakah bukti bahawa duit tersebut merupakan derma dan bukan duit berkaitan IMDB mahupun pihak yang mempunyai transaksi berkaitan IMDB?
Adakah sumbangan tersebut merupakan sumbangan bagi kepada kerajaan, tujuan Umno atau tujuan peribadi?
Jika duit tersebut adalah sumbangan buat Umno, adakah kepimpinan Umno terutamanya Majlis Tertinggi (MT) mengetahui tentang derma tersebut?
Jika MT tidak mengetahui adakah ini bermaksud Umno tidak akan mengetahui kewujudannya jika Najib tidak memaklumkan kewujudannya?
Bilakah Najib bercadang untuk maklumkan kepada MT?
Andai kata derma tersebut derma peribadi, adakah Najib menerimanya ketika memegang jawatan sebagai salah seorang ahli jemaah menteri?
Adakah gabenor Bank Negara dan cendekiawannya sedar akan pergerakan duit sejumlah RM2.6 bilion ke dalam negara?
Adakah Lembaga Hasil Dalam Negeri sedar mengenai sejumlah duit yang telah diterima Najib?
Jika ya, adakah Dato Seri Najib telah membayar sebarang cukai pendapatan berdasarkan nilai duit tersebut?
Adakah seorang perdana menteri boleh mendapat pengecualian cukai?
Jika Najib mendapat pengecualian cukai, adakah pengeculian tersebut adalah kepada gaji Najib atau apa saja derma yang diterima beliau?
Jika derma tersebut adalah bagi tujuan kerajaan, mengapa Kementerian Kewangan tidak mengetahui kewujudannya? KREDIT MALAYSIA KINI.

Hari ini sahaja, ramai yang mempertikaikan kewajaran duit derma yang di terima Perdana Menteri. Sama-sama kita tunggu siasatan yang bakal di dedahkan.
sumber : http://kitaviral.com/

1 comment:

  1. Under (non-existent) Malaysian law, any individual can ask for donations to be deposited into their personal bank account, and any money in a personal account is up to the owner to use however they please since it's their personal money. If they said it is to be used for a specific cause and it is not used thus, then you would have to prove that it is not used, which means you need to have access to all their accounts and receipts. Unless they willingly share their transactions with you and you go and (illegally) korek, you pulak yg go to jail. If you believe that your donation was misappropriated, you would have to prove that the portion that you donated was misappropriated, and not other people's portion, and as such, no-one can ever be prosecuted for CBT because you can never prove which mis-spent portion was yours. And of course if you never donated, then you have no right to complain as it's not your money. If the donation was given willingly and the donor is not aggrieved, then there is no case, org lain takda hak menyibuk. Such is our law.

    ReplyDelete