Pages

Tahniah!! Dayana isteri Ashraf Muslim kini hamil berusia....

Friday 7 August 2015


Dikhabarkan isteri pertama Ashraf Muslim, Noor Dayana yang kini hamil empat bulan. Perkhabaran baik ini disahkan sendiri oleh Ashraf Muslim. Dalam pada itu, Ashraf Muslim turut menjelaskan kenapa dia enggan dedahkan berita baik ini setelah timbul spekulasi bahawa Dayana telah pun hamil beberapa bulan lalu.

“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah kerana setelah empat tahun menunggu, Dayana kini hamil anak pertama hasil perkahwinan kami. Saya sangat gembira dengan kehamilannya ini. Saya tidak mahu memaklumkan kehamilan Dayana di awal usia kandungannya kerana saya sendiri takut timbul rasa riak atau perkara-perkara lain yang tidak sepatutnya.”

“Kini kedua-dua isteri saya sedang hamil. Kandungan Dayana sudah memasuki bulan keempat manakala isteri kedua saya pula sedang sarat mengandung lapan bulan. Saya akan jaga kedua-dua isteri saya dengan sebaiknya. Tiada berat sebelah antara saya dengan mereka,” kata Ashraf dipetik sumber portal Murai.
Apapun tahniah kami ucapkan kepada Dayana isteri Ashraf Muslim yang bakal menimang cahaya mata mereka.

sumber : http://izyan.com/

No comments:

Post a Comment