Pages

Tahniah!! Farhan Bekas Suami Abby Abadi Kahwin 15 Mei Ini

Sunday 10 May 2015
Menerusi laman utusan.com juga Farhan telah mendedahkan yang dirinya bakal membina mahligai baru pada 15 Mei ini bersama Noriah Mat Isa. 
Malah menurut Farhan, beliau sendiri telah lama tidak berhubung dengan Abby Abadi dan menganggap kisah lamanya telah selesai, tidak perlu diungkitkan lagi. Eh! ‘Video Sweet Abby Abadi Terima Bunga Dari Ustaz Khairul Azli‘  pun bakal meniti bahagia.
bakal isteri farhan
Perkenalannya bersama Noriah Mat Isa berlangsung lebih kurang setahun telah menguatkan diri Farhan untuk mengahwini gadis tersebut.
“Noriah seorang yang pandai mengambil hati saya. Secara fizikal, dia sangat cantik dan sempurna. Lebih penting lagi, dia pandai memasak dan menghormati saya.
“Jadi selepas beberapa bulan mendalami isi hati masing-masing, saya mengambil keputusan untuk tidak mahu melengah-lengahkan niat yang baik itu.
“Paling menggembirakan hati saya apabila hubungan kami mendapat restu daripada orang tua selepas saya memperkenalkan Noriah kepada mereka,”
pertunangan farhan
Perkara baik eloklah dipercepatkan, jadi segala persoalan tentang majlis pertunangannya yang berlangsung pada 21 Mac sebelum ini telah pun terjawab. 
Semoga Farhan dan tunang selamat di ijabkabul doa kami semoga kekal hingga ke jannah dan dikurniakan anak yang soleh dan solehah.
Baca selanjutnya: http://gosipmalaysia.com

No comments:

Post a Comment