Walaupun sudah lama bersara dalam dunia hiburan tanah air, bekas pelakon Abby Abadi tetap mempunyai peminanya yang tersendiri.
Satu ketika dahulu, Abby Abadi pernah digosipkan sudah berkahwin dengan Ustaz Khairul Azli. Namun ternyata itu semua adalah palsu. Mereka berdua masih tiada sebarang ikatan rasmi setakat hari ini.
Namun itu tidak bermakna tiada rasa kasih sayang yang wujud antara Abby Abadi dan Khairul Azli. Buktinya? Abby telah menerima kejutan yang amat sweet daripada ustaz tersebut. Romantis!!!
Hati perempuan mana yang tak cair apabila mendapat ‘suprise’ sebegini. Sejambak bunga dan coklat memang dapat mencairkan hati mana-mana wanita.
Ayat yang ditulis beserta kejutan ini juga power tahap gaban. Romantik juga Ustaz Khairul Azli ini. Melahirkan rasa keterharuannya, Abby mendoakan yang terbaik buat diri mereka berdua.
Kami sebagai peminat mendoakan yang terbaik buat Abby Abadi dan Ustaz Khairul Azli. Jodoh pertemuan di tangan Allah.
sumber : http://beautifulnara.com/
No comments:
Post a Comment