Pages

Ini Reaksi Sempoi Datuk Siti Nurhaliza & Datuk K Bila Mereka Difitnah Bercerai

Thursday 28 May 2015

pang kang
Jika beberapa hari lepas heboh di laman sosial facebook berkenaan perceraian di antara penyanyi tersohor negara Datuk Siti dan Datuk K.
Ehh siapa yang suka-suka hati cakap rumah tangga Datuk Siti dan Datuk K musnah? Ish ish tak baik la siapa yang bawa fitnah ni. Diorang elok dan sweet je macam dulu.
Kepada sesiapa yang suka sangat menabur fitnah ni cukup-cukup lah ye? Haa kalau korang nak tahu Datuk Siti dan Datuk K beri respon yang sangat cool kepada blogger-blogger yang buat fitnah ni. Haha

“Blogger tak sekolah”

Screen Shot 2015-05-28 at 10.54.28 AM
Haa nampak? diorang happy je macam biasa tau. Datuk Siti juga memberi mesej kepada blogger-blogger yang suka buat fitnah ni di kapsyen Instagram;
bila tak ready ini la jadinya..suami saya plak sempat buat pose utk ‘blogger tak sekolah’ tuu.terima kasih semua yg prihatin pada kami berdua..doakan yg baik2 buat kami kerana doa yang baik itu akan kembali kepada Kalian semula…bulan ramadhan pun semakin dekat ..sama2lah menginsafi diri dan memohon petunjuk hidayah kepada Allah SWT..kita hambaNYA yg lemah & tak sempurna??

Semoga kekal #till jannah

Screen Shot 2015-05-28 at 11.00.04 AM
Screen Shot 2015-05-28 at 11.00.27 AM
Screen Shot 2015-05-28 at 11.00.36 AM
Peminat juga berdoa agar hubungan Datuk Siti dan Datuk K kekal sampai bila-bila hendaknya.. In Shaa Allah...
Apapun di harapkan penyebar fitnah menghentikan penyebaran fitnah yang salah ini.

sumber : http://www.ohbulan.com/
Read more ...

Comelnya!! 10 Foto Wajah Comel Raja Nazira Safya Curi Perhatian Ramai!

Thursday 28 May 2015
Umum mengetahui yang Raja Perak baru sahaja di istiadatkan sebagai Sultan Perak yang ke-35 iaitu Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Dr. Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah. 

Kali ini kami ingin berkongsi pula wajah puteri baginda yang juga turut mencuri perhatian ketika istiadat pertabalan iaitu Raja Nazira Safya.

Yang Amat Mulia Raja Nazira Safya Binti Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah pun menjangkau umur 4 tahun, dilahirkan pada 2 Ogos 2011.

Raja Nazira Safya adalah anakanda kedua kepada Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Tuanku Zara Salim Davidson.

Boleh dikatakan wajah Raja Nazira Safya seakan bondanya yang sememangnya memiliki rupa paras yang cantik menawan secara semulajadi.

Apa lagi jom intai beberapa keping gambar comel Raja Nazira Safya yang sangat comel.











sumber : http://www.laicikang.com/
Read more ...

Hebatnya!! 12 Koleksi Gambar Kereta Mewah Tunku Idris, Adik TMJ

Tuesday 12 May 2015
Sebut sahaja TMJ semua mengenali beliau, antara anak raja yang aktif dalam persatuan bola sepak Negeri Johor.
Tunku Idris atau Tunku Temenggong Johor (TTJ) merupakan anak ketiga Sultan Johor. Tunku Idris merupakan adik kepada TMJ, Tunku Ismail.
Tunku Idris sememangnya mempunyai minat yang amat dalam dengan dunia permotoran dan kereta malah memliki koleksi kereta mewahnya yang tersendiri.
Antara koleksi kereta mewah miliknya ialah Pagani Huayra, Porsche, RUF, Alfa Romeo, BMW, McLaren Mercedes-Benz SLR McLaren dan banyak lagi.
Malah Tunku Idris juga pernah membuat reka bentuk sendiri kereta McLaren Sultan Johor Edition. Memang hebat.
Apa lagi jom intai kereta mewah Tunku Idris yang boleh membuatkan mata anda terbeliak.



       
sumber : http://ohkisahnya.blogspot.com/
Read more ...

Paneh!! Pandangan Tunku Mahkota Johor ini bakal buat Khairy Jamaluddin & FAM sentap

Monday 11 May 2015


Artikel ini mesti paneh buat sesiapa yang terlibat, apa lagi jom baca artikel yang ditulis oleh TMJ ini. Pedas memang pedas.

Tulisan dibawah dikeluarkan melalui Page Rasmi Johor Southern Tigers daripada Tunku Mahkota Johor, DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim kepada YB Khairy Jamaluddin dan FAM. Baca lagi:

Kepada YB Khairy Jamaluddin dan FAM...

Saya jujur, neutral dan saya sebenarnya lebih suka mendiamkan diri, tetapi kadangkala saya terpanggil untuk bersuara. Terdapat satu yang telah dipolitikkan. 

Baru-baru ini, Malaysia telah mengaturkan satu perlawanan dengan Tottenham Hotspurs. Saya ada satu soalan... Sebagai Menteri Belia dan Sukan serta ahli politik, anda bertanggungjawab untuk berkhidmat kepada rakyat. Selain itu, anda juga bertanggungjawab memegang jawatan tersebut dengan penuh dedikasi dan integriti. Saya ingin juga mengucapkan syabas kerana telah menjalankan tugas dengan baik untuk sukan negara. 

Anda tentu tahu bahawa perlawanan antara Tottenham Hotspur dan Malaysia tersebut tidak membawa sebarang faedah kepada pasukan kebangsaan, tetapi saya terkejut anda berkata sebaliknya dan berpendirian seperti FAM. Perlawanan ini hanya mempunyai satu tujuan sahaja, iaitu untuk meraih keuntungan bagi FAM dan pihak penganjur yang membawa pasukan tersebut ke Malaysia. Adakah ianya membawa sebarang manfaat kepada pasukan kebangsaan untuk kelayakan Piala Dunia?

Anda, saya, dan seluruh rakyat Malaysia tahu ianya tidak mendatangkan faedah. FAM mendakwa perlawanan ini adalah salah satu perlawanan sebagai persediaan untuk kelayakan Piala Dunia. Pertama sekali, ianya tidak membantu ranking dunia kita; dan keduanya, ianya tidak membantu persiapan pemain tempatan kerana terdapat lima pemain asing dipilih untuk bermain. Kita harus beri lebih fokus kepada FIFA Match Dates kerana ianya boleh memberi lebih manfaat kepada performance dan ranking. 

Pandangan dan nasihat saya kepada YB Khairy... Berdiri teguh bersama penyokong bolasepak negara, dan perjuangkan perkara yang betul. Sebagai seorang yang akan memimpin pada masa akan datang, rakyat perlu tahu bahawa sebagai pemimpin mereka, anda akan memperjuangkan kebenaran. Anda patut berkhidmat kepada mereka dengan menyuarakan permasalahan dan ketidakpuasan hati mereka terhadap FAM, yang telah menguruskan bolasepak negara dengan tidak memuaskan selama 30 tahun kebelakangan ini. Untuk maju ke hadapan demi bolasepak negara, kita perlu menumpukan usaha terhadap prestasi dan ranking pasukan kebangsaan. Tidak lupa juga untuk mengagihkan hasil dan hak penyiaran secara adil kepada setiap pasukan yang bertanding. 

Saya tahu, anda sentiasa ada jawapan bagi segala persoalan. Contohnya, anda pernah menyatakan bahawa Bukit Jalil merupakan Stadium Kebangsaan dan selaku Stadium Kebangsaan, "cow grass" tidak sesuai digunakan dan rumput yang lebih berkualiti diperlukan. Namun hari ini, anda mengambil khidmat jururunding padang PBNJ bagi menggantikan rumput di SNBJ dengan "cow grass" dan memuliharanya sebagaimana dilakukan di Larkin. 

Anda seorang menteri yang baik, berkeazaman, dan berdedikasi untuk masa hadapan, tetapi saya nasihatkan supaya anda mula lakukan apa yang betul demi pembangunan sukan terlebih dahulu, dan sentiasa tegur FAM jikalau ada perkara yang salah supaya rakyat akan sentiasa ingat anda mempertahankan perkara yang betul dengan penuh integriti; dan ini tentu membantu dalam perjalanan politik anda pada masa akan datang.

Akhir sekali, berkenaan "perlawanan sarkis" tersebut, saya tidak mengatakan supaya ianya dibatalkan, cuma saya berharap anda pastikan bahawa ianya tidak berulang, kerana kita perlu mula melakukan perkara yang bermanfaat untuk bolasepak negara, bukannya menguntungkan mereka yang berada dalam FAM. Anda telah mengendalikan sukan dengan baik, tetapi juga anda perlu memartabatkan bolasepak negara. Jangan biarkan bolasepak dipolitikkan sebagaimana beberapa isu telah dipolitikkan dalam negara sejak kebelakangan ini. 

Saya bersuara bukan kerana hendak menjadi Presiden FAM. Saya takkan sekali-kali menjadi Presiden FAM. Saya bersuara kerana cintakan sukan bolasepak. Bolasepak seharusnya ditadbir dengan penuh integriti dan ketelusan, yang seterusnya akan menguntungkan semua pasukan yang bertanding di Malaysia. Dengan itu, adalah satu perkara yang boleh dibanggakan oleh pencinta bolasepak tanah air. 

Pandangan ikhlas daripada,
Orang yang paling dibenci dalam bolasepak Malaysia. 

DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Apapun semoga teguran ini menjadi panduan buat pihak atasan bola sepak untuk memperbaiki kelemahan yang ada.
Read more ...

Tahniah!! Farhan Bekas Suami Abby Abadi Kahwin 15 Mei Ini

Sunday 10 May 2015
Menerusi laman utusan.com juga Farhan telah mendedahkan yang dirinya bakal membina mahligai baru pada 15 Mei ini bersama Noriah Mat Isa. 
Malah menurut Farhan, beliau sendiri telah lama tidak berhubung dengan Abby Abadi dan menganggap kisah lamanya telah selesai, tidak perlu diungkitkan lagi. Eh! ‘Video Sweet Abby Abadi Terima Bunga Dari Ustaz Khairul Azli‘  pun bakal meniti bahagia.
bakal isteri farhan
Perkenalannya bersama Noriah Mat Isa berlangsung lebih kurang setahun telah menguatkan diri Farhan untuk mengahwini gadis tersebut.
“Noriah seorang yang pandai mengambil hati saya. Secara fizikal, dia sangat cantik dan sempurna. Lebih penting lagi, dia pandai memasak dan menghormati saya.
“Jadi selepas beberapa bulan mendalami isi hati masing-masing, saya mengambil keputusan untuk tidak mahu melengah-lengahkan niat yang baik itu.
“Paling menggembirakan hati saya apabila hubungan kami mendapat restu daripada orang tua selepas saya memperkenalkan Noriah kepada mereka,”
pertunangan farhan
Perkara baik eloklah dipercepatkan, jadi segala persoalan tentang majlis pertunangannya yang berlangsung pada 21 Mac sebelum ini telah pun terjawab. 
Semoga Farhan dan tunang selamat di ijabkabul doa kami semoga kekal hingga ke jannah dan dikurniakan anak yang soleh dan solehah.
Baca selanjutnya: http://gosipmalaysia.com
Read more ...

Serius Cantik!! 7 Foto Sekitar Majlis Pernikahan Fahrin Ahmad & Elena Hani Aleas

Friday 8 May 2015
fa3
Jika minggu lepas pelakon Fahrin Ahmad mengumumkan yang akan menamatkan zaman bujangnya dengan gadis pilihannya hari ini. Terbukti beliau tepati janji.
Dengan sekali lafaz, aktor Fahrin Ahmad akhirnya diijabkabulkan dengan wanita pilihan hatinya Elena Hani Aleas yang merupakan seorang pramugari.
Majlis yang berlangsung cuku meriah itu diadakan di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara. Jom kita ushar foto sekitar pernikahan Fahrin yang berlangsung sebentar tadi. Tahniah Abam Fahrin! 

Fahrin Nikahi Pramugari

fa1
Patutlah sebelum ini Fahrin ada mengatakan yang dirinya dan pasangan jarang sangat berjumpa, kerja sebagai pramugari rupanya.
fa2
Screen Shot 2015-05-09 at 10.55.07 AM
Screen Shot 2015-05-09 at 10.55.21 AM
fa4
Screen Shot 2015-05-09 at 11.04.06 AM
Screen Shot 2015-05-09 at 11.04.23 AM
fa5
fa6
Screen Shot 2015-05-09 at 11.13.42 AM
Tahniah dari kami buat Fahrin Ahmad & Elena Hani Aleas selamat bergelar suami isteri hari ini.
Read more ...

Serius Cantik!! Cantik Tu!! Gambar Mawar Fareeda Tanpa Solekan Yang Mengejutkan

Thursday 7 May 2015
wn2luYIg

Siapa tidak kenal dengan Mawar, pemilik tudung jenama Fareeda. Beliau yang merupakan isteri kepada pelakon dan pengacara terkenal Fizo Omar.

Mawar sendiri memiliki wajah cantik serta penampilan yang ayu menjadikan dirinya sendiri sesuai sebagai model tudung Fareeda.

Baru-baru ini mawar ada memuatnaik gambar wajahnya tanpa make-up/solekan ketika berselfie bersama kuda miliknya.

Ini caption Mawar:
“With my lovely horse, Grace Kelly. Huh muka tak make up nampak jerawat.”
Jom intai beberapa keping gambaar Mawar Fareeda tanpa make up yang jarang dilihat oleh peminat beliau di luar sana.

 
sumber : http://hotlips-yuya.blogspot.com/
Read more ...

Serius Cantik!! 6 FOTO terkini perubahan mengejutkan Vie Santie Harun, bekas isteri Eizlan Yusof

Thursday 7 May 2015
Selepas mengambil keputusan bercerai dengan pelakon dan juga pengarah Eizlan Yusof, Vie Santie Harun terus senyap begitu sahaja.
Umum mengetahui, pelakon terkenal Datuk Eizlan Yusof telah bercerai talak satu dengan bekas isterinya, Vie Santie Harun beberapa bulan lalu atas faktor yang tidak diketahui.
Kisah penceraian pasangan ini memang amat menyedihkan kerana anak-anak sudah pastinya menjadi mangsa. Terbaru, kami terbeliak mata dengan penampilan baru Vie Santie Harun.
Tak sangka kami. 

Jom intai beberapa keping gambar perubahan mengejutkan Vie Santie Harun, bekas isteri Eizlan Yusof. 
V
V
V
V
V
V
sumber : http://ceritartislagi.blogspot.com/
Read more ...