Pages

Video!! Lagu Najwa Mahiaddin Mohon Rakyat Malaysia Untuk Bertabah Dalam Kesukaran

Saturday 8 August 2015
Siapa tidak kenal dengan dengan nama Najwa Mahiaddin yang merupakan salah seorang penyanyi yang berbakat. Beliau yang merupakan anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Banyak yang berlaku di Malaysia waktu ini, dari kisah derma berbilion untuk Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri digugurkan dan diganti dengan yang baru, kejatuhan teruk nilai ringgit, cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan terbaru, penemuan serpihan pesawat di Pulau Reunion yang kemudiannya disahkan milik MH370.

Kalau tak kental, hilang semangat juga dibuatnya dengan keadaan negara ini pada zaman sekarang. Atas sebab itu, Najwa Mahiaddin telah menghasilkan sebuah lagu yang memberi semangat kepada rakyat Malaysia supaya bertabah untuk menghadapi keadaan yang sukar.
Lagu itu berjudul ‘After the Rain’ turut menampilkan penyanyi luar negara, JUNY.

Menurut Najwa di laman Facebooknya:
Saya percaya pada kuasa muzik dan kebolehannya untuk merawat. Semoga lagu ini memberikan kelegaan dan kekuatan kepada kita semua semasa keadaan yang mencabar sekarang.
Setakat artikel ini ditulis video lagu itu telah dikongsikan sebanyak 6,954 kali di Facebook. Lagu itu ternyata mendapat sambutan hangat dari rakyat Malaysia. Yalah, asyik dengar lagu cinta sesama manusia, sekali sekala kita dengar lagu yang memberi semangat pula. Tahniah Najwa untuk penghasilan lagu ini.
Semoga Najwa sekeluarga tabah mengharungi liku-liku kehidupan selepas bapa beliau di lucutkan jawatan.

sumber : http://beautifulnara.com/
Menurut Najwa di laman Facebooknya:
Saya percaya pada kuasa muzik dan kebolehannya untuk merawat. Semoga lagu ini memberikan kelegaan dan kekuatan kepada kita semua semasa keadaan yang mencabar sekarang.

Setakat artikel ini ditulis video lagu itu telah dikongsikan sebanyak 6,954 kali di Facebook. Lagu itu ternyata mendapat sambutan hangat dari rakyat Malaysia. Yalah, asyik dengar lagu cinta sesama manusia, sekali sekala kita dengar lagu yang memberi semangat pula. Tahniah Najwa untuk penghasilan lagu ini.
Read more ...

Sayu!! "Biar Dibuang Dunia Kerana Pertahan Kebenaran" - Luahan Anak Pengarah SPRM

Saturday 8 August 2015
Umum mengetahui yang 2 pegawai SPRM yang menyiasat kes berkenaan 1MDB di tukar ke jabatan lain. Ini menimbulkan perspektif negatif di kalangan seluruh rakyat Malaysia.

Beberapa jam selepas Pengarah Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Bahri Mohamad Zin ditukarkan ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) berkuatkuasa serta merta, anak perempuannya berkongsi perasaan mengenai nasib yang menimpa bapanya.



Dalam entri di laman Facebooknya, Eila Bahri menceritakan sepanjang tempoh 33 tahun bapanya berkhidmat dengan SPRM, ahli keluarga mereka sering berdepan pelbagai dugaan termasuk diugut, diganggu, diherdik dan dipulaukan.

Malah lebih teruk lagi, katanya,  bapanya turut diganggu menggunakan ilmu sihir.

"Ayah saya, Bahri Muhamad Zin, dah hampir 33 tahun berkhidmat dengan SPRM. Berpuluh tahun dia bekerja jalankan amanah rakyat siasat dan tangkap malaun-malaun yang suka sangat bedal duit haram (hak rakyat).

"Beratus juta juga dia dan jabatan berjaya selamatkan dari hilang. Selama dia bekerja sebagai pegawai SPRM, kami sebagai ahli keluarga sering kena ugut, kena santau, kena kacau, kena pulau, kena herdik dan sebagainya. Dia apatah lagi," katanya.

Namun, menurut Eila, bapanya itu sentiasa berpegang kepada prinsip biar dibuang oleh dunia kerana mempertahankan kebenaran daripada dijulang kerana kebatilan.

"Hidup ni, bukan nak tongkat langit, tapi nak cari sebanyak mana sebab untuk Allah reda," katanya.

Jelas Eila, bapanya merupakan seorang yang tegas dan mementingkan didikan agama.

"Masa kami mula-mula nak belajar bercakap, kami tidak pernah dikenalkan kepada Cinderella, tapi kami tahu betapa iblis sangat takut pada Umar Al-Khattab.

"Bukan nak bangga tapi kami tahu siapa Bahri Muhamad Zin ini dari kami lahir lagi. Jadi kami tahu bila dia cakap dia akan buat, betul dia akan buat," katanya.

Eila berkata, sepanjang hidupnya, dia menyedari bapanya mempunyai kepakaran dalam bidang agama, menyiasat mahupun menangkap penjahat dan menanam pelbagai jenis pokok.

Justeru, Eila turut tertanya-tanya mengenai tindakan pertukaran bapanya ke JPM selepas beberapa hari disiasat pasukan khas Bukit Aman.

"Jadi bila dia dipindahkan ke JPM, saya mula terfikir, apa benda yang korang nak dia buat sebenarnya? Ajar orang kat JPM tentang Agama? Tanam pelbagai jenis pokok kat JPM dengan harapan hasil boleh bayar bil rumah pembesar atau lagi banyak korang nak dia kantoikan korang?," katanya.

Apapun semoga kebenaran satu hari nanti terbukti, sudah-sudahlah membohongi rakyat. Rakyat lebih cerdik dari anda.

sumber : http://mestimauu.blogspot.com/
Read more ...

Mesti Baca!! Pendedahan Mengejutkan Mia Sara Dipukul

Friday 7 August 2015

Sebut sahaja Mia Sara, pasti ramai yang mengenali pelakon kanak-kanak ini. Beliau yang terkenal di usia yang sangat muda dalam bidang lakonan.

Mia Sara telah membuat pendedahkan pengalaman yang amat teruk tentang apa yang dilaluinya di sekolah.

Mia Sara mendedahkan dia sering dibuli rakan-rakan sekolah termasuk diejek hanya kerana popularitinya sebagai seorang artis.

Namun paling mengejutkan Mia Sara pernah dibaling batu dan dipukul. Gangster betul budak zaman sekarang.

Ini komen penuh Mia Sara: (mStar)

“Mereka buli saya, mengejek, baling batu dan pernah juga pukul saya. Saya sedih juga dan kadang-kala rasa geram. Tetapi ayah pesan, biar orang buat kita, tetapi jangan kita buat orang,” 

Bapa Mia Sara, Muhammad Ridhuan berkata dia tahu kes buli itu, namun tidak mahu terlalu masuk campur kerana mahu Mia Sara belajar berdikari.

Ini pula komen bapa Mia Sara:

“Bagi saya apa-apa yang berlaku di sekolah, biar cikgu yang uruskan, saya tak mahu masuk campur. Saya nak Mia melalui proses seperti kanak-kanak lain. Lagipun dia seorang selebriti dan bukan mudah untuknya melalui pengalaman itu”

“Biarlah dia berdikari dan belajar selesaikan masalahnya sendiri. Jangan sampai anak saya cedera teruk kena belasah, sudahlah,”

Kalau cucu Pak Mat, dah kena balik budak yang suka membuli ini. Loser betul huhu.

Apapun semoga Mia sara berjaya dalam dunia hiburan, suka tengok lakonan Mia.

sumber : http://beritapakmat.blogspot.com/
Read more ...

Tahniah!! Dayana isteri Ashraf Muslim kini hamil berusia....

Friday 7 August 2015


Dikhabarkan isteri pertama Ashraf Muslim, Noor Dayana yang kini hamil empat bulan. Perkhabaran baik ini disahkan sendiri oleh Ashraf Muslim. Dalam pada itu, Ashraf Muslim turut menjelaskan kenapa dia enggan dedahkan berita baik ini setelah timbul spekulasi bahawa Dayana telah pun hamil beberapa bulan lalu.

“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah kerana setelah empat tahun menunggu, Dayana kini hamil anak pertama hasil perkahwinan kami. Saya sangat gembira dengan kehamilannya ini. Saya tidak mahu memaklumkan kehamilan Dayana di awal usia kandungannya kerana saya sendiri takut timbul rasa riak atau perkara-perkara lain yang tidak sepatutnya.”

“Kini kedua-dua isteri saya sedang hamil. Kandungan Dayana sudah memasuki bulan keempat manakala isteri kedua saya pula sedang sarat mengandung lapan bulan. Saya akan jaga kedua-dua isteri saya dengan sebaiknya. Tiada berat sebelah antara saya dengan mereka,” kata Ashraf dipetik sumber portal Murai.
Apapun tahniah kami ucapkan kepada Dayana isteri Ashraf Muslim yang bakal menimang cahaya mata mereka.

sumber : http://izyan.com/
Read more ...

Gempak!! Gambar Aliff Syukri Terlajak Laris Sewaktu Berumur 19 tahun Yang Mengejutkan

Friday 7 August 2015

Siapa tidak kenal dengan salah seorang anak muda yang berjaya mencipta nama dalam dunia perniagaan.

Usahawan berjaya Aliff Syukri yang popular menerusi tag line "terlajak laris" telah berkongsi gambar kenang-kenangan ketik aberumur 19 tahun.

Ketika itu Aliff Syukri baru bekerja sebagai admin pemasaran. " Kenangan terindah ketika umur saya 19 tahun sebagai marketing admin " tulis Aliff di laman sosial.

Yang tahan tahan misai dan wajah Aliff Syukri yang macho ketika itu menjadi bahan bualan. Hehe memang kacak.

Kini Aliff Syukri boleh dikatakan antara usahawan yang berpengaruh di malaysia dan ramai menjadikannya sebagai idola untuk berjaya dalam perniagaan.

Apa lagi jom lihat gambar Dato Alif Syukri sewaktu berumur 19 tahun pasti mengejutkan anda semua.






sumber : http://beritapakmat.blogspot.com/

Read more ...

Mesti Lihat!! Inilah wajah sebenar ayah Rozita Che Wan (2 FOTO)

Thursday 6 August 2015

Pelakon Rozita Che Wan dan juga Ayu Raudhah antara pelakon popular di Malaysia. Pelakon adik beradik ini di kenali dengan lakonan yang mantap dan berkesan.

Adik beradik kelahiran Kedah ini sering menjadi tumpuan apatah lagi sejak Rozita Che Wan berkahwin dengan Zain Saidin, berhijrah dan mempunyai anak yang comel bernama Aaisyah Dhia Rana.

Tak kurang juga Ayu Raudhah yang telahpun bernikah dengan pemain bola sepak popular tanah air iaitu Zaquan Adha.

Namun ramai yang tidak tahu tentang ayahnya iaitu Che Wan @ Abu Bakar. Untuk pengetahuan ayah kepada Rozita Che Wan dan Ayu Raudhah ini telah meninggal dunia pada tahun 1988.

Ketika itu Rozita berumur 15 tahun manakala Ayu baru berumur 4 tahun. Jom lihat gambar ayah mereka.

Apa lagi jom lihat gambar arwah ayah Rozita Che Wan yang tidak pernah dilihat oleh orang peminat-peminatnya.


sumber : http://plbgaimacam.blogspot.com/
Read more ...

VIDEO!! BILA DATO' SITI NURHALIZA NYANYI LAGU TAMIL

Thursday 6 August 2015


Siapa tidak kenal dengan penyanyi nombor 1 tanah air yang sungguh berbakat dan di kenali di Malaysia mahupun luar negara. Beliau yang memiliki kelunakan suara yang tiada tandingannya. 

Dato' Siti Nurhaliza Tarudin nyata sekali memang berbisa dan berbakat besar apabila menyahut cabaran merakamkan lagu dalam bahasa Tamil. 

Menerusi laman IG penyanyi tersohor negara itu, beliau telah memuat naik sebuah video yang memperlihatkan aksinya merakam suara untuk sebuah lagu Tamil yang bertajuk 'Nenge Ezhu'. 
Lagu Tamil itu adalah karya komposer AR Rahman yang merupakan salah seorang pengarah muzik serta komposer terkenal dalam industri hiburan di India serta Hollywood. 

Dalam beberapa video yang dimuat naiknya, Siti dilihat telah membuat latihan serta menyanyikan beberapa bait lirik lagu Nenge Ezhu untuk program International Superstar 2015 terbitan Astro. 

"Saya memang mengakui merupakan penggemar lagu-lagu ciptaan beliau dan mempunyai cita-cita untuk bekerjasama dengannya dalam album mahupun sebuah lagu. 

"Apabila diberitahu bahawa saya akan menyanyikan lagu ciptaan beliau, saya menganggapnya sebagai bulan jatuh ke riba dan memang menunggu peluang terbaik ini. 

"Syukur Alhamdulillah. Proses rakaman telah berjalan dengan lancar dan baik sekali sehinggakan penerbit itu cukup berpuas hati dengan cara sebutan serta nyanyian saya," ujar Siti dipetik sebagai berkata. 

Cayalah Siti! 
Klik link dibawah ini untuk tonton video 

VIDEO 1
VIDEO 2
VIDEO 3
VIDEO 4 

Jom intai beberapa video Dato' Siti Nurhaliza yang menyanyikan lagu Tamil. 

sumber : http://www.myartis.com/
Read more ...