Pages

Terkini! 11 Info Menarik Mengenai Kumpulan ZERO, Juara Maharaja Lawak Mega 2014

Saturday 7 February 2015


Siapa jangka kumpulan Zero menjadi juara Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) semenjak 13 minggu bertanding.

Maharaja Lawak Mega berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil malam ini. Kemenangan tersebut melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM500,000 serta trofi sumbangan Astro. 

Naib juara pula dimenangi oleh Sepahtu yang disertai oleh Jep dan Shuib. Mereka berkongsi hadiah wang tunai sebanyak RM250,000 berserta sebuah trofi.

Nabil mendapat tempat ketiga dan beliau menerima hadiah berupa wang tunai RM150#,000 berserta sebuah trofi. Jep Sepahtu pula memenangi kategori Man of the Match.

Empat juri tetap yang mengadili peserta pada MLM 2014 akhir itu terdiri daripada Datuk Jalaluddin Hassan, Nur Fazura, Taufik Batisah dan Farah Quinn.

Dibawah ni 11 Info Menarik Mengenai Ku#mpulan ZERO, Juara Maharaja Lawak Mega 2014

1. Mereka sudah ketiadaan bapa dan tanggungjawab ketua keluarga, dipikul 3 beradik ini

2. Pekerjaan mereka bertiga sebelum berge#lar pelawak ialah nelayan dan buruh kasar

3. Arwah bapa mereka cacat penglihatan namun dapat membesarkan mereka – perkara ini sekaligus membakar semangat mereka untuk mengubah nasib keluarga

4. Syaiful berhenti belajar ketika Tingkata#n Satu sahaja bagi membantu menyara kehidupan keluarga

5. Ketiga beradik ini mahir dalam ilmu mempertahankan diri iaitu Silat Gerak Kilat sejak dari kecil – diajar oleh bapa mereka

6. Daripada silat itu juga, mereka handal mel#akukan aksi akrobatik

7. Mereka mengakui bergaduh ketika mengeluarkan idea untuk dipersembahkan di pentas MLM demi mendapatkan idea yang terbaik

8. Syaiful, Kadir, Kunal berasal daripada suku kau#m Bajau Simunul

9. Nama kumpulan Zero itu dicerminkan melalui kehidupan mereka yang disifatkan serba kosong

10. Syaiful yang juga terkenal dengan nama gela#ran Melati akan menamatkan zaman bujang pada pertengahan Februari ini.

11. Mereka mahu gunakan wang kemenangan untuk bawa orang tua menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah.

Tahniah kami ucapkan buat kumpulan Zero yang menjadi Juara Maharaja Lawak Mega 2014, fuh hadiah wang tunai pun sangat lumayan.

sumber : http://aans1.blogspot.com/
Read more ...